Thursday, 15 August 2013

the carnivall sungai petani .

hi. kemarin pegi sungai petani, pi mandi ayaq lah. its a lot of fun sebab kali ni suma pegi, satu family. dulu pun penah pegi, tapi abah dengan adik pompuan tu tak ikot. harga tiket tu yang best sebab bayar rm5 je each person instead of rm20+ something. haha tu pun sebab abang aku dok upnm, askar. so kad student dia boleh dapat diskaun. untunggggg laaaaaaa . *lepas ni sapa nak p bawa abang aku sekali naa.

tapi boleh main air jaa, yang land punya tak siap siap renovate lagik la.tapi yang air pun best jaa. siap angkat kening kat brader tu lagik haha .

yang best kat situ dia punya gelongsor tu. ada dua, ijau dengan biru. yang ijau tu tahan lah, yang biru tu dahsyat. masa mula mula g dulu tu, aku try naik biru tu memang terasa la kedasyatan tu, so bila dah pegi lagi sekali ni. just naik sekali je sebab nak bg rasa.



the biru .


nampak pakcik baju putih tu ?


besar dia dari pelampung


 ...


love .







je parle francais . et vous ?

hi. nak cerita pasal proses aku belajar pulak.

kos aku ni boleh dikatakan paling rileks la kat intec, sebab belajar bahasa ja. so jadual tak lah pack macam budak2 lain yang ambil A level, ADFP, KTJ, Korean Programme, ALM and so on tu. kelas aku total 22 jam seminggu. memang sikit compared dengan others sebab dorang lebih dari 30 jam la. Alhamdulillah, rezeki Allah. kelas start dari pukol 8 pgi, kekadang pukol 9, sampai pukol 1. then stop. tadak dah. haha sila jeles sumanya. ok lah belajar, seronok, ada part tu menyanyi lagu french . cuma lama lama nak menghabiskan 5 jam tu mata slowly down sebab tak rest huhu

ada 2 prof yang ajar . first, madame theresa das. she is really famous la dalam kalangan orang2 yang tau pasal french ni. sebab dia yang terawal pegi france and belajar bahasa. alone, by herself. memang tabik la sebab dia berani sangat explore france dlm usia muda. mdm juga ada dapat pingat knight dari rance embassy, punya la hebat.

secondly, monsieur mohd ridzuan. ini pun hebat sebab bukan setakat french je dia ajar, italy, spainish, arab, mandain pun memang bidang dia. entah masa bila lah prof aku ni khatam sumanya. kelas dia memang best sebab macam2 cerita dia keluarkan. tak larat aku nak gelak. sporting la prof ni, orang banyak pengalaman. wishing to be like him.

susah tak bahasa french ni ?

hmmm macam ni. susah dia macam hampa mula mula belajar bi dulu, tapi lagi susah sebab tak penah dengar orang cakap la. bi tu penah je korang dengar sapa2 cakap, tengok movie, layan eminem pulak. tapi french ni takkan la tetiba nak layan madame kay pulak, kecuali lah kalau korang memang ada darah orang sana.
macam aku ni memang melayu tulen, tak penah nak ada darah mat saleh, so tak penah la dok layan bahasa france ni.

selama sebulan ni banyak jugakla yang belajar . basic la macam nak introduce diri,tanya soalan. semua benda penting la. memang kena fokus and tau sebab kat sana nanti memang takkan guna english langsung, totally in french even tau kita ni foreigner. orang france memang sangat2 mengagungkan bahasa depa,so kena folo lah. french ni pun bahasa dunia jugak, pak arab pun byk yang tau cakap  french dari english.

btw classmate aku 15 orang. 4 je anak teruna . yang lain anak dara cun melecun okay . ramai jugak yang dah ada basic, tpi ada jugak yang macam aku, zero to hero insha Allah.

jangan risau french ni tak sesusah bio, tapi memerlukan minat dan skills la supaya betul2 dapat cakap and paham. aku pun tahu tak banyak, so kena improve lagi lah. doakan ek ?




Saturday, 10 August 2013

how was intec ?

hi . aku dah daftar intec , 30 june ritu . well betul2 kat birthday bff aku si itam . punya bz hari tu sampai tak sempat wish kat dia. maunya tak, sampai je dah pukol 11. kms brg, beli apa yg patot, dah pukol 1. then tetiba gitau pukol 2 ada meeting dengan MARA . kalut la packing.

btw, roommate merangkap housemate aku nama nik . tgb-ians . a really sweet girl, from sungai buloh. tapi lahir kat kuala lipis dulu. takda kena mengena ngan siti rasanya. aku kat kolej cemara, which actually kolej senior boys. disebabkan oleh kami ni short course programme, so dorang campak kami kat cemara , dengan lelaki2 tu uolss . fyi girls punya kolej is akasia. seberang jalan je dengan cemara. ada satu lagi kolej kat seksyen 6, kolej cendana. tu untuk budak2 laki yang baru masuk. jauh la dengan kami ni, sebab kolej cemara dan akasia kat seksyen 18.

nak tau pasal kolej cemara ?

kitorang boleh dikatakan dok kat rumah la instead of room sebab ada living room, dapur,bilik air, tempat ampaian dan 2 bilik. 1 bilik 2 orang, so 1 rumah 4 orang. tapi entah camna, aku dengan nik je kat rumah tu. kitorang kat blok 2, laman 4. lagi terok sebab laman tu ada aku dengan nik je. bayangkan la setinggi 4 tingkat tu ada 2 orang ja. naseb sampai sekarang tadakla pelik2 lagi huhu. blok aku kat depan, lepas masuk gate. disebabkan banyak laki, so takleh nak jalan2 sangat dalam kolej.

rumah tu selesa la bagi aku. tapi still akasia lagi cantik dari cemara, sebab akasia baru. kecantikan dan keselesaan bilik depends jugakla. aku punya tikar getah memang tip top mybe sebab baru pasang, yang lain memang terok la jalan pun sakit kaki. tapi bilik kawan aku tu siap ada water heater dalam bilik air, untuuuuuuuungggggg laaaaaa :((( . aku dengar ada bilik laki mana tah ada air cond. cihh tak guna betol.

dah ada dapur, segala benda aku bawa. heater air, iron, portable stove. nik pulak bawa rice cooker, toaster. kongsi2 lah. barang masak pun kitorang kongsi ja. roommate kan .
boleh kata untung la dok sini. lengkap, meja study pun ada. and aku untung sebab housemate sorang ja. so tadak la berebut pape, senang. ohh mesin basuh pun ada, tapi yang kena buh duit tu. hanya 50 sen ngan 20 sen diterima. mula2 tu malu gila nak angkut raga dengan baju2 banyak2 tu menapak pi mesin basuh, lama2 tu buat rilek jalah. students life kan.

inilah cemara. yang aku akan stay lagi 2 bulan ja. maybe tak banyak kenangan yang akan dapat dari kolej ni, but still bermakna jugak. 

Friday, 2 August 2013

that feeling .

hi. finally arrived home. kat perlis la. the real home kelantan of course . dari last post sampai ni banyak sangat terskip post, terlalu banyak stories, experience and feeling yang nak dikongsi. tapa , take time and i will be writing it soon.

tapi hari ni nak nak cakap pasal this feeling. rasa sekarang ni. rasa yang 'bad' i think. bangun bangun pagi rasa sedih. too much thinking. honestly aku hanya ada a few months kat sini . cuti raya 2 minggu, pegi intec balik dalam 1 bulan 2 minggu lagi, and fly not less than 2 weeks after 27.9 . one thing masalah mara adalah tarikh fly pun tak tau lagi. haih .

that feeling .

tak rasa takot pun nak pegi negara orang. excited sangat sebab it is a dream comes true. syukur Alhamdulillah sebab apa yang di doa, dimakbulkan. siapa sangka semua ni ? aku buka dapat straight A's pun. tak excellent mana pun. tapi betol orang cakap. rezeki tu Dia pegang. bila Dia nak, dia akan bagi. bila bila masa ja. kalau Dia tak bagi, percayalah mesti  Dia dah plan benda lagi baik punya.

that feeling.

just rasa sedih. sebab nak tinggalkan family. aku tahu mak aku takot nak lepaskan aku pegi. im only 18, baru je official jadi 18. yelah kalau anak aku pun aku pikir panjang nak lepaskan dia. muka mak aku pun lain sangat bila cakap pasal nak fly. bila dia dengar aku cerita kat sana nanti nak solat pun bawah tangga ja. mak pesan suruh jaga iman, kuatkan pegangan. this woman worried about me. anak yang 5 tahun lepas pun dok kat asrama, and this 5 years later pun akan tinggalkan dia untuk pegi jauh. lagi jauh dari behor pulai tu. aku ni dahla indipendent ikot hati ja. haha . aku tak tahu macam mana part nak salam dengan family aku kat airport nanti. takyah cakap airport, raya ni pun taktau la camna.

and of course , kawan kawan aku. kawan kawan terbaik penah aku ada. 5 tahun aku dengan depa. macam macam dah aku buat, rasa dengan depa. aku sure aku akan perlukan budak budak istimewa ni kat sana nanti. in some parts, kawan kawan yang kenal kita lebih dari sesapa pun. aku takot jugak, mana la tahu bila kau dah lama sangat kat sana, dorang lupakan aku ke. even aku tahu takkan jadi. its just a feeling. aku rasa lagi sedih sebab aku tak sempat pun nak spend byk masa dgn dorang. suma dah jauh2, susah nak jumpa sb masing masing dgn komitmen belajar. aku ni harap gila dorang ni akan hantar aku g airport jugak nanti, tapi its okay sb maybe tarikh aku fly tu korang tak cuti lagi kan :(  .

kakak aku si buncit tu pun due bulan 11. aku tadak peluang nak tengok my first anak sedara, mak abah aku punya first cucu. its a moment. aku nak ada. tapi tadak rezei kot. hey anak sedara, nanti cik ika kiss dari sana ek !

ika . spends every seconds you have, greatly . pray for my best everyone. doakan supaya pegangan aku kuat, iman aku, akidah aku. doa semoga aku di lindungi Nya .

bises , nuzul .


Monday, 17 June 2013

langkawi part 1

hi. masa cuti tahun lepas, lepas habeh ja spm , aku ngan kawan2 baik aku pegi Langkawi . tapi gendut takleh ikot, sebab parent dia tak bagi . tapi tetap berenam yang pegi , aku jiha fiza nuwin swan dengan adik swan, ain. ain tu muda setaun, tapi sporting ja . boleh masuk ngan suma.

kitorang pegi trip ni sendiri ja, takda adults langsung yang teman, kira girls out la. bes kot. suma plan sendiri. aku yang carik rumah nak duduk. punya nak carik yang murah sebab nak sep bajet, tapi apakan daya kami nak pegi tu time krismas, which was on 24/12 . so memang otomatik sewa bilik kat langkawi tu akan mahal. bukan tak boleh pegi hari lain, tapi agak susah la sebab masing masing ada plan sendiri, klu nak pegi next year tu ( which mean this year) payah sebab ada benda nak kena buat. haha alasan ja tuh .

kawan aku , wak tu pun bagi no sorang ni, nama hanis. dia kata hanis ni boleh tolong carikan bilik. aku agak ragu ragu la sebab takot jugak kot tertipu., yela manusia ni macam2 pe'el . aku try la contact then dapat jugak. dia kata ada satu ja free, tu pun 120 semalam kalau tak silap. itupun untuk 4 orang sebab fiza dengan ain tak konfem lg. so aku pun terima juga lah. sebab memang susah nak jumpa. aku bank in dulu rm50 , even dok ragu2 . dalam masa nak pegi tu aku punya la dok siasat macam2 kat hanis tu tanya konfem ke dia tak tipu kami, sampaikan hanis tu fedap la kat aku . eh eh memang la kena sebab itu hak aku .

so kitorang plan nak pegi pagi tu, ambil feri paling awal pukul 8.30 kalau tak silap. aku pulak pagi tu pulak baru menapak nak pegi bank ambil duit. pahtu guna buku plak,dok bajet tadak orang padahal ramai kot. salah aku sebab baru salah plan. hasilnya, aku tetinggal feri . eh taklah,aku telambat ja. tapi dekat pukul 9 juga la aku sampai kat jeti. punya la kalot takot tetinggal feri. kawan kawan aku pun dah naik, so dorang tinggalkan tiket aku kat brader yg jaga pintu tu. aku punyala gelabah lari , naseb baik sempat naik feri. memang tension gak la. kesian jugak kawan2 aku yang dok tunggu. haha . thanks cik feri sebab sanggup tunggu i .

swan . jiha


alhamdulillah sampai jugak langkawi . so aku pun kol hanis tu, tak jawab . kol lagi,tak jawab gak, kol lagi lagi lagi lagi entah keberapa lagi pun tak jawab. haaa memang hangat membara la hati ni, kena tipu la ni.waktu semua pakat brengg la.  aku pun teringat ada jiran aku masa kat kelantan dulu, cik fadzli keja kat situ. kot2 la dia on duty kan so better kol dia lah. aku pun minta no dia kat mak aku . and Allah tu Maha Mengetahui, kebetulan lah cik fadzli tu lalu tepi aku. memang bersyukur sangat2 la. aku pun gitau la pasal hanis tu, dia pun tekejot la. masa tu dia ada something to do, so dia pun bg no fon so lepas ni kol je dia. lega fuhhhhh .

im calling that hanis 


kami pun jalan la luar sikit, then aku pun nak kol la cik fadzli tu. tup tup amek kau, aku tak save no dia. haiyoyooo masalah lagi. memang blur dah waktu tu, and once again, Allah membantu . hanis tu angkat kol kata baru prasan kami kol, and currently odw to us. Alhamdulillah . kira tak kena tipu lah eden.

and muka hanis tu matured gila. tak macam 16, matured dari kitorang. ohh lupa, hanis ni laki. mesti suma ingat perempuan kan ? dia datang naik motor, helmet putih. aku ngiat lagi sebab aku yang kena gi kat dia sebab aku yang banyak contact dia . dia kata dia suh ikot so nanti dia bawa. kebetulan juga aku jumpa balik cik fadzli tu, and gitau dia yang hanis tu dah datang. so cik fadzli tu offer untuk hantar kitorang! yeyy yeyy sep bajet lagi yuhuuu ! the best part is 6 orang berimpit la dalam perdana tu tapi yang paling penting, yang driver tu dalam sut polis lagi so takda maknanya si hanis tu nak tipu ! haha

that perdana 


masa dalam keta tu punya la aku dok beterima kasih kat cik fadzli tu sebab sudi tumpangkan, last last dia tanya aku balik. 'ehh, maaf la cik fadzli nak tya. ni anak sapa tah ? muka cam tapi tak bpa nak ingat. ''
dan aku macam watda........ malu gila. padahal baru pegi rumah dia last week tu, bawa g kawan aku dari johor ke langkawi. maybe sebab aku tak tonjolkan diri kot.
''ohh saya anak cik mi, yang minggu lepas datang rumah tu. haha * fake punyaa gelak.

okay. ssetakat ni dulu. banyak lagi nak cite. nanti sambung part 2 okay . and more pics .


Saturday, 15 June 2013

jack

hi . n0w i m missing my pasts in life . ada banyak sangat part yang baik and buruk . kalau diberi peluang untuk undur masa, aku takkan undur . kalau aku betulkan apa yang terjadi tu, then memories wont alive . tadak apa yang nak nak dikenang . mesti tak best . benda pahit adalah something yang kita akan ingat. sebab dia pahit. kalau manis mesti kita kenang. great things happen once in a life time . takkan jadi lagi. 

sama macam trust . i wont trust someone once he lied to me . so i believe and accept it when i knew someone didnt trust me anymore, it was my fault . its hard, pahit hempedu , tapi terima lah . kena juga . 

when i watched the epic titanic just now, i was wondering why james cameron didnt saved jack's character in that movie ? then i realised yang true love needs sacrifices. kalau jack hidup, mesti rose takkan betul2 sedar yang jack was her true love . and boleh jadi je kalau watak jack hidup, jack akan suka kat orang lain or anyting else, 1001 kemungkinan. so let him died, in rose's full of trust and love . 

you jump, i jump - rose . 








i will never forget you jack 


Sunday, 9 June 2013

versus is awesome !

hi . aku ni baru ja start tengok Versus , even show tu dah berkurun habes . memng la penah dengar, tapi tak penah berminat. sampai la satu hari ni tertengok ulangan kat tb3 , masa tu semi final. teros jatuh hati. i love it bcoz it reminds me of my interest in indie's band masa zaman pakai baju putih kain biru dengan nametag tuu . yap i adore indie's music sebab sempoi . dulu memang gila minat kat Hujan la . ohh abang Noh dengan rambut helmet dia. memang tahap cipan punya minat laa . 

'' katakan pada dunia , im lonely soldier boy . 
  cahaya mentari kan datang , kembali ohh . ''




tapi bila dia dah ubah pesyen dia, aku dah kurang minat . ak memang adore rambut dia lah kot ?

so bila dah tengok Versus , teros jatuh hati kat Kyoto Protocol . sempoi gila . suara jantan abg Fuad tu memang terserlah . lagu wings memang dia ubah habes . even suara dia tak merdu, bila cecah high note lepas kot . fresh lagu2 yang band ni ubah . 

and petang tadi, dapat tengok  fnal between Kyoto Protocol and Manifesto . rasa bangga abg Fuad and the band boleh kalahkan Estranged, Kristal dan oh Chentaku . oh btw , OCK rocks . so bila final, ada last battle. but at the end, Manifesto menang. tomok and his band. sedih jugaklaa . bagi aku lagu Wings yang band tu present macam play safe, tak macam Kyoto ni yang memang ubah gila2 . 


abg fuad yg paling depan tu . 


okay takpeee abg Fuad, saya dah jatuh cinta dengan suara jantan dan kebernasan this band dalam hidupkan indies . 


Wednesday, 5 June 2013

tak boleh tido .

hi . aku sekarang ni mengalami masalah tak boleh tidor . payah gila nak boleh lelap tu . aku start tutup mata pukul 2 , buka tutup buka tutup dah pukul 4 . nyenyak nyaa belum juga . aiyoo ammpa appa aku nak tidoo . pleaseee . kira kambing dah, biri biri dah , tengok movie dah . abeh suma orang aku kacau . hummm .





Tuesday, 4 June 2013

KIL preview

hi . tadi petang pergi tengok cita KIL by nik amir mustafa . cita dia bagi aku best . slow and steady . cool and valuable . so good to have youngsters yang ada this kind of  view in life . sebab jarang filem melayu ni best . ada memang ada . tapi suam suam kuku ja . yang buat lawak bodoh pun ada .


cool kan poster kil nih ?


 cita ni pasal akil ( redza minhat ) yang nak bunuh diri . then dia pegi satu tempat ni called life action bureau
 ( LAB ) , satu biro yang provide service untuk bunuh diri . dah macam2 akil buat untuk bunuh diri , macam terjun banguna , minum clorox , but still takda kesan .

so he made an agreement dengan consultant LAB tu ( harun salim bachik ) yang dia setuju nak terima apa cara geng lab akan buat untuk bunuh dia, dan takkan ubah keputusan . lagi pun dia dah macam lifeless.
then he met with siyesly cool zara ( cristina suzanne ) . akil suka dekat zara and rasa yang zara ni someone yang penting untuk dia . they dated , pergi tengok wayang 'Dunia Tanpa Esok ' , so other stuff jugak la .

one day akil dapat tau yang zara ni actually worked for LAB as a silence killer . psiko gila . akil rasa zara ni agent untuk bunuh dia la . padahal kes akil bukan bawah zara pun . at last , harun salim bachik tu yang datang nak bunuh akil , tapi sebenarnya it was just a plan . LAB ni satu badan NGO yang nak bangkitkan semangat orang yang nak commit suicide tu supaya teros hidup dan hargai semuanya . i think it works really well sebab betul jga , beza tau keadaan kita yg nak bunuh diri dengan perasaan ada orang nak bunuh kita bila2 ja . so akil tak dibunuh pun .


main leads . 


cita ni cool for me . memang nampak la darah muda yang direct . fresh movie . aku suka karakter tu . redza minhat cakap steady gila, mcm tak berlakon pun . cristina suzanne tu pun sama . macam memang diri dia camtu . cool , but still cute and fun , in her way .

bagi aku berbaloi ja tengok cita bagus camni . tak sia sia macam aku g tengok cita HAQ kat kajang dulu . haktuihhh la dengan bola bola api dorang tu .



ella pun ada tau . tekejot aku waktu dia kua . even minor pun still bermakna okay



Sunday, 2 June 2013

its by pink

hi .

Just give me a reasonJust a little bit's enoughJust a second we're not broken just bentAnd we can learn to love again
It's in the starsIt's been written in the scars on our heartsThat we're not broken just bentAnd we can learn to love again
I'm sorry I don't understandWhere all of this is coming fromI thought that we were fine 

pleasee give me a reason ?

jom duolingo !

hi . aku sekarang tengah belajar2 bahasa pengancihh la sikit2 . bukan prepare pe pun just seronok2 ja . ok juga kalau kita get to know some words selain bonjour tu . so kebetulan kat chrome store ada DUOLINGO. apps ni give us practice untuk belajar bahasa macam france, spainish, german and italy. pahtu ada lagi la. bagus juga sebab cara dia interaktif and ineresting. sesiapa yang berminat or ada plan nak travel ke mana2 tempat so its better kalau download apps ni. bosan2 leh juga try and learn new things . tak rugi pun. tambah2 aku ni sebab takda basic langsung, yelah . dulu ambil arab .

apps ni ada owl comel gilaaaa kaler hijau dok tunggu kat situ. yang challenging kalau ada invite kawan mana2 join sekali, sebab nanti kita boleh tengok berapa banyak points yang dia ada. aku invite budak2 comel yang sama kos dengan aku kat intec nanti, si fatin dan iman . sharing is caring huh ? aku lagi happy bila tengok points diorang makin tinggi sebab leh la diorang ajar mana tak tau nanti . kihkih .

so jom berduolingo !

Friday, 31 May 2013

# sytra : sports day

hi . sukan sekolah aku meriah gilaaaaa dan paling di tunggu tunggu untuk tahun tu, selain soru . memang happening, tochering, gathering bagai . waktu tulah semangat rumah sukan betul2 wujud and semua orang rasa. tapi aku se ZH ni memang dari dulu semangat rumah.



seniors . 


 tambah tambah bila aku dah f5 , senior kan mestla best gilaa . tahun ni la kitorang handle everything pasal sukan, gabung dengan f4. f4 selalunya mengikut adat dan tradisi memang akan handle untuk khemah dan banner bendera semua tu. so f5 akan handle benda yang paling susah dan excaiting, which was baju untuk perarakan hari pembukaan nanti. kitorang akan design mana baju paling best untuk team kawad pakai nanti. memang dok lawan antara rumah la yang mana paling style. kostum sekali. as for 2013, maskot kitorang adalah the smurfs, yg dipilh oleh f4.

steady ja anak buah tengah panas


there were millions of memorable moments sepanjang 5 tahun aku involve dengan hari sukan. masa f1 f2 and f3 : juniors kan . memang terok lah . senior design baju style gilaa dan yang perit kitorang la yang kena jahit . handmade okay ! baju kawad syed putra memang dijahit pakai tangan sendiri ! dok ingat lagi pukul 3 4 pagi still dok mengayam menjahit baju kakak kakak senior kat koridor, dah lampu dorm takleh buka. berbekalkan lilin tu kitorang pun jahit la yang mana tau. dahla kalau salah kena buka balik. aku baru f1 kot, kelas ert pun x belajar gi chapter jahit2. dahla memang failed !





kalau minggu sukan memang paling busy, kepenatan yang teramat. mau tak, kelas habeh 4.15 ptg, dan dulu2 ni senior jenis giat gila nak taget menang, so kna turun awal la untuk training. juniors pulak kena turun dulu sebelum senior, mau tak . haahaa memang masyuk la itu malam. bertambah keja menjahitnya. tak tidolah jawabnya. masa aku f1 pulak kena prepare air sendiri. so yang juniors ni akan gilir2 angkut tong tu ikot form eveyday. gi lah menapak kat dining minta abang tu buat air sirap. jatuh saham aku dok angkut tong tu. berat oih ! aku pun still ingat waktu kena berbaris kat padang pahtu buat kelopak jantung. budak asrama mesti tau benda apa tu. tonggek sana tonggek sini, memang syok lah boys dok tengok. haa jatuh lagi saham .


the smurfs . naseb yang laki tak pakai skirt =='

tapi kalau training tu takleh lawan waktu training merentas desa lah . juniors memang wajeb habehkan 10 round padang . dan untuk pengetahuan semua padang sytra adalah padang yang kedua terbaik kat perlis selepas stadium. so boleh tau lah kot memang saiz tak kecik . mula2 dulu memang buat 10 round la, dah takot kat senior, lama2 pandai lah nak membohong. lari 7x tapi ngaku 10x. tu bohong sunat tu.

sebab tulah dok tunggu sangat jadi f4 and f5 . we are seniors weyyy . latihan tu ikot suka, takyah nak ikut sesapa dah. heaven tau ? siapa yang penah rasa ja yang tahu ..



cara ambil gambar pun tau kata jr . 

tapi bila senior ni tanggungjawab makin besar, so akan paham la kenapa seniors dulu memperlakukan kitorang camtu .

aku join 4x4 100m , merejam lembing dan lontar peluru . memang semua student akan wajib join, tak penah ada yng terlepas. berani lari ? *evil* and untuk tahun 2012 lah yang aku menang gold medal merejam lembing tu . fewwit . first time join teros menang, kalau aku tau aku join dari awal.

sepanjang 3 hari sukan, semangat rumah sukan tu memang nampk gila lah. semua akan pertahankan rumah masing2, works together, dari tak kenal jadi kenal. dan aku bangga jadi ahli zuh zuh zuhrah ! preparation untuk hari kawad lah yang paling banyak , sebab kena buat kawad formasi sekali yang semestinya menarik gilaa untuk menang. siang malam kawad oih. tu suma sebab nak bagi perfect. pahtu setiap rumah sukan mesti ada booster baru. kecuali zh . memang booster tak penah bertukar dari zaman tok nenek zh dulu rasanya. well, biar legend .



sunburn oh laaalaa





bila semua preparation dah siap, baru lah lega . time to enjoy je dengan dok mengusha abang2 hensem time junior dulu sambil dok jaga khemah. kalau time senior keja dok berjalan sapot menempik zh pahtu buat konvoi melawat khemah orang lain sambil mengutuk. saja nak sakitkan hati . bergmbar pose sana sini tu mesti punya.


musytari


utarid


zuhal



zuh zuh zuhrah !









Thursday, 30 May 2013

sesalan

hi . tadi pegi beli laptop . pahtu dia bg pilih free gift. ada 3 beg yang berbeza so kena pilih 1 ja. aku pun kalut kalut so juz pilih yang mana nak . pahtu aku tak amek pun yg set 22 in 1 tu . aku amek beg kaler purple sebab ada skrin protecter dengan speaker . pahtu ada la card reader, liquid lap skrin tu sekali. kalau set 22 in 1 tu kn takda sangat. tapi tadi bila balik aku pun test suma tu .

HAMPEH !





speaker dia bila pasang lagi slow dari speaker laptop nih . abeh tu pe function oihhh ??
keyboard skin dia tak fit langsung ! tak full tutup pun. kecik sana sini.
screen protector lagi lah. dia bagi size notebook punya. hampeh tahap !

aku tension gilaa . nak meniaga pun bagi terang lah. toksah sampai gitu sekali. but then ada juga salah aku sebab tak tengok. tapi still aku ni pelanggan so diorang lah yang kena jujur. esok aku nak pegi tukar ambil set yang lain. aku ingat nak ambil set yang ada usb banyak2 tu, sebab laptop ni hanya ada SATU lubang untuk cucuk usb ! habeh tu camna aku nak pasang cooler fan tu ? cucuk pendrive lagi . huwaaaaaaa !
doakan aku berjaya esok .

* nanti kalau aku dah ada full experience sal spec laptop ni aku update okay .

decision

hi . sekarang ni aku dah tak bising2 dan tak ada dilemma lagi dah . aku dah pilih INTEC untuk futher study, means aku jadi pegi under mara tu and will fight to be the best pendidik . selepas dah go through crtitical thinking, conversations, meetings and istikharah , and i do think yang ini terbaik untuk aku . pleaseeeee everyone tolong support my decision and be happy with it . ingat senang nak buat keptusan ? ni pasal masa depan tau . so pleasee consider this is the best for me .

for those yang dah banyak sangat bagi nasihat, panduan, petunjuk tuu , only Allah knows how much i thanked all of you . jasamu akan ku kenang . to my along and angah, thanks sebab susah payah cari maklumat situ sini just to makesure this is the best . untuk mak dan abah , i wont let you down . promise .

bagi sesiapa yang dalam dilemma macam aku dulu , try this :

first : istikharah , again and again . kalau tak dapat mimpi jugak, ikut kata hati tu . hati lebih ke arah mana . itu          pun petunjuk tau.

second : cari the pros and cons for both pilihan yang ada . cam aku kena cari la untuk intec dengan palam . cari peluang pekerjaan, jangan pikir seronok ja .

third : minta pendapat dari semua pihak. kawan2 , familiy, siblings, teachers, kaunselor, seniors, dan dengan orang yg lebih tahu dan arif . dan bersedialah terima pendapat yang berbeza beza . try to figure out semua reasons yang diorang bagi bila memilih .

forth : jangan percaya bulat bulat . cari facts . try to keep in touch dengan sesiapa yang dapat kos sama dengan kita. mungkin research dia better .

fifth : tetapkan hati . betul betul tau . jangan menyesal dengan apa yang kita pliih . sedialah untuk terima sebarang kemungkinan . kita yang pilih, kita lah yang tanggung .

selamat memilih !


tunggu okay ?


Monday, 27 May 2013

blur dan blur lagi

hi . hari ni hari geram sedunia . aku geram bila aku dah decide nak gi palam , orang suruh pikir pasal intec . abeh tu bila aku dah tetap nak gi intec, orang suruh pikir sal palam pulak ? aiyoyoyoo ammaaa apppaaaa , gena ni oih ? aku pening dah. tanya diri sendiri ? tak tertanya dah . bush bush bushhhhhhh geram !




dilemma

hi . aku buntu .





cinta jangan pergi

hi . cinta jangan pergi yang tengah hot kat tb9 ni favret drama aku sekarang , selain daripada sebenarnya saya isteri dia kat tb3 . siyes bes drama nih . cerita pasal cinta sejati dengan peluang kedua . tragis gitu .



teraju utama 


lea soraya ni bercinta dengan kalil masa study kat oversea dulu . then lea balik dulu sebab dah habes study, so dorang pun cam plan la in one year kalil will back to malaysia and they will be married . lea cakap la dia sanggup tunggu sampai bila bila pun. tapi bila sepatotnya kalil balik, lea dapat news yang kalil accident dan meninggal dunia, tapi mayat still tak jumpa. lea ni tak caya lah sebab dia tau kalil ni hidup lagi. biasalah , cinta kan. then dia meratap bagai nak rak dekat setahun lebih sebab kalil. sampai la satu masa, Hud si doktor datang. lea buat tak layan ja , tapi at the end bila some words came out from hud tu macam apa yg kalil penah cakap kat lea, dia jadi pelik. lama lama dia terima hud , atas desakan mama and her bff . she's trying to accept yg kalil is gone.


time kalil suruh lea tunggu . 

ohh then cerita melayu kan ? kalil is back everybody ! yeahhhh ! kalil sebenarnya tak mati, entah macam mana masa eksiden tu dia diselamatkan oleh orang kampung , then ada sowang pakcik ni ubatkan dia sampai sembuh. setauhn juga laa . lama kan. dia try cari lea, tp setiap kali dia pergi mesti lea tengah dengan hud . so dia frust . tau tau ja lea dan hud is engaged.

so dia rasa geram . dia nak sakitkan lea. dia rasa lea tipu dia. so dia seksa lea . dia offer lea keja kat tempat dia and acting like he's remembering nothing about them. lea patah hati , ohh so dia try to terimq hud dalam hidup dia.


the actor and actress 


bila el si bff lea serang kalil and told him the truth about lea's pain, kalil baru sedar yang dia buat salah . so kalil nak baik balik, dia bagitau lea yang selama ni dia tipu. actually dia ingat semuanya. lea takleh terima so dia blah .

and , setakat itu sahaja episod 15 . kalau berminat, pegi lah tengok kat tonton.com. lepas tu sambung cerita sendiri okay .


kalau sapa rajin baca paper mesti penah tengok kan ?


Saturday, 25 May 2013

last hangout

hi . minggu ni kira minggu last untuk student matrik dan students asasi bersenang lenang kat rumah dan berfoya foya dengan kawan2 . matrik daftar 27 mei , asasi dgn diploma dftar 2 jun nih . x lama dah pun . so aku dengan kawan2 pun kira keluar for the last time together lah . nanti suma nak pergi jauh2 dah . kitorang keluar pegi jitraq mall tengok Fast and Furious 6 ! perghh terbaik laa abg Dom tu stunt driving skills dia , pahtu Mia dah dapat baby baru . tak sia sia 13 hinggit aku . sesape yang tak tengok lagi , aku syorkan tengok . x menyesal punya . kalau ikot nak tengok movie pukul 10.25 pagi , pahtu dengan aku bangun lambat , pergi ambil orang lagi, si terlambat sampai dekat kul 11 cmtu . so kitorang ambil tiket pukul 12.50 . cerita tu 2 jam 10 minit . so kitorang buang masa dengan pergi makan dan melilau .

habes ja movie , lepas solat zohor dah . kitorang pergi makan kat tasik melati pulak. aku yang dekat 7 tahun duduk perlis pun tak pergi lagi tau. cantik menarik ja tempat tu. cuma kena upgrade sikit, tambah facilities macam kayak ke, angsa yang leh duduk tu ke, campfire ke mesti lagi berguna . daripada dok biar camtu .

rugi jaa . huh .



jelitawan sengkek .


sedih wuwu



teman hidup .


best sangat keluar . sebab nanti susah dah nak hangout ramai ramai . diorang lah tempat aku nak berhapy hapy-ian . ingat senang nak cari kawan yang betul2 kawan ?

btw gambar ni suma atas ihsan ain dengan nani .


moments

Hi . Bff aku si gendut ni nak daftar pasum 26 mei ni . So kitorang pun keluar lah sebab nanti payah pulak nak jumpa . Biasalah , masing² nti nak struggle taknak kuar bilik skor 4 flat . Amin . Kawan kami lagi sorang , si alip pun nak daftar upnm dah , so join sekali laa . Dia memang kena ikut sebab dia belanja . Aku sukaa .

Mula² gedik nak perabeh duit alip g secret recipe , lepastu kensel sebab aku dengan alip lapar gila nak makan so pergi KFC jaa , ahhh x kira janji dekat . Gendut tak puas hati , so lepas makan kami pergi tutti frutti nak puaskan hati budak tu . Jenuh ==" .

Apa lagi kalau dah pegi tempat wifi , bergambar posing bajet laah . Seronok kot . Lagi seronok kalau si bff perempuan tu ada . We miss you . Oh perempuan tu ada kat plkn .jadi tuan puan , inilah hasilnyaaaa .







ni part nak gelak








end of post dengan gaya gedik . 





Tuesday, 21 May 2013

france

hi . remember my post about the mara's iv ? then Alhamdulillah i got it , but not in maths . but ...

TINDIKAN BAHASA PERANCIS
INTEC SHAH ALAM

well , kalau ikot masa apply tu takda apply pun untuk france , just math dengan jerman . tapi dah rezeki dapat yang ni kot . ye , ni untuk fly . kalau tak silap 4-6 bulan persediaan , then around 4-5 years in france . aku ni masa tengah tuleh post ni pun tak percaya jugak . peghancihh kot . kira boleh ngadap Eiffel laa nih .
nak pegi ? eh mestilah . siapa nak tolak ? bila lagi nak tengok dunia luar ? belajar kat negara asing , tambah2 kota cinta tu . korang nak tolak ?

aku ni dah feeling ala ala Dalam Hati Ada Taman dah pun . ihhh . memang dok bayang dah pun .

tapi bila dah bincang dengan orang yg lebih tahu , then i reject it . yes i am . sebab kena tengok peluang kerja sama . tindikan tu means balik kena jadi cikgu mrsm . dan setahu aku mrsm tak guna bhsa perancis , dorang guna arab . so peluang kerja hanya di SBP dan sekolah antarabangsa sahaja . so kerja memang terhad . kat sekolah aku pun takda bhsa perancis . kawan mak aku , anak jiran dia pun fly france juga , under kos sama cam aku . tapi dah 2 tahun balik , tapi still takda keja . aku taknak end up camtu . memang lah seronok , tapi berbaloi ke ? okay memang rezeki lain lain , tapi tak salah bersedia kan ?

sekarang target aku nak skor kat PALAM tu , then further dentist . tapi jangan percaya sangat , aku ni banyak cita cita . jangan tekejot kalau esok aku kata nak jadi accountant pulak .

so sekarang ni  redha dan terima jalah . aku pilih dengan hati terbuka untuk ke uitm . insya Allah . aku tahu Dia tengah plan something yang lebih baik untuk aku . just works , pray and tawakkal ! kun faya kun !

* i knew someone must be smiling reading this .


tengok , boleh ja senyum babai kat eiffel tower ?

asputra 40 years

hi. tahun ni syed putra ada sambutan 40 tahun , so aku pun join lah dengan kawan2 aku . walaupun baru kuar setahun, kitorang tetap alumni . oh bes sangat sebab jumpa balik kawan2 dan adik2 dormates . weh aku sayang kot dormates aku ! kebetulan buat sekali dengan SORU ( school open recreational union ) ala ala hari kantin lah cam suma meniaga .


atin . ika . sya . jaa . swan . ma


hari tu kira hari untuk alumni lah sebab sports yang buat lebih untuk geng alumni join macam basketball , kriket , futsal . kitorang memang tak join lah sebab pergi tu nak jumpa kawan2 pahtu dok bergambar . memang itu ja motif.


pemain kriket . * krik krik



petang tu kitorang lari kejap pergi karok kat INGAME arau . aku nyanyi dua lagu jah , yang len dengan hanani dangdut ja . 


we are young 



then malam tu ada DINNER ASPUTRA , sepatotnya kena bayar rm50 , tapi atas ehsan sebab kitorang ni penganggur ja so bayar rm20 . aku pun join lah. dinner tu akan jadi best sangat untuk alumni yang dah berpuluh taun tak jumpa, kebanyakan yang datang suma dah baya abah aku. kami ni penyeri jelah kat sana .

feeeeewwwwwwiit 


tapi part paling best lepas party tu. kitorang pergi Kuala Perlis . memang bestlah pergi dengan dress pahtu kena langkah tembok. abang2 yang dok melepak tu punya lah terpikat kat kitorang tapi biasalah kena la jual mahal, nanti orang ingat murah pulak. memang style lah sebab dah over midnight pun. social kan ? shhh dont tell anybody okey . 

belengah gilo aku . haha









Saturday, 18 May 2013

pilihan

hi . aku dah dapat 3 offer setakat ni untuk further study .

MATRIK KELANTAN
ASASI UITM
ASASI ENGINEERING UNIKL

pahtu dah pergi dua inteviu .

PROGRAM KHAS LEPASAN SPM 2013 , IB IN MATHS
TESL IPG

yang inteviu punya tu dua2 tak dapat result lagi. sesungguhnya memang tak tahu nak pilih yang mana. matrik tu sebenarnya pilihan aku juga sebab aku ni susah sikit bab bio, so bila pikir kat matrik ada guide kan. tapi lepas tu dapat asasi tu , so mungkin aku akan pergi asasi tu sebab bukan senang nak dapat, ada kemudahan dan ramai lah kawan kawan yang dapat. taklah terkontang kanting kat situ . unikl tu pulak dah tak boleh dah sebab tak bayar duit deposit tu. aku memang nak g kalau boleh,sebab benda tu bawah loan mara. kalau skor 3.0 pun at least dapat potongan. kurang lah beban dari ptptn tu. then family aku macam tak bagi sangat.aku pun decide xpalaa, tak payah pergi. elok ja tarikh bayar deposit tutup, mak aku kata rugi pulak tak terima unikl tu ? err ? seriously mak ?

tak apalah . tak leh undur pun. lagipun aku rasa tak ready pergi awal,sebab unikl daftar 19 MEI 2013. then memang dok terfikir lah untuk mara tu. its a big step KALAU lah aku dapat mara tu . tu untuk program fly ke aussie or new zea. aku ni jenis budak cita cita tak tetap, tapi aku hanya tau nak study oversea. tak kisah dalam kos apa pun. so bila aku dapat pergi inteviu tu pun dah rasa bersykur dan bertuah sebab aku bukan dapat stret pungg . yang aku g iv tu untuk applied maths , so nanti boleh la kerja lecturer, pakar kaji cuaca, in finance,banker,accountant dan semua dalam bidang calculus ni. menarik kan ? honestly, 1 benda yang aku yakin boleh buat hanya;ah mengira, sebab dulu waktu sekolah aku boleh go on dalam maths, kalau kat bio tu memg lingkup. bio aku spm B+ okay tak A. tapi aku ok ja sebab memang waktu exam tak buleh buat. physics pulak yang A , heran aku ? 

ketakutan kepada bio tu memang tak abeh lagi , menyebabkan aku ragu ragu nak amek asasi sains kat palam tu. tapi orang cakap nanti pulun lah balik . tempat baru, semangat pun baru. aku dah terima offer palam tu, daftar 2 JUN 2013 nih , tapi esok result mara tau . kalau tak dapat memudahkan kerja lah , kalau dapat ?

sekarang ni betul betul blank nak decide. aku tak tahu jalan nak fly kalau lepas asasi , and KALAU dapat mara tu memang best sangat sebab itu dah jadi jalan terbaik untuk fly, usaha lebih sikit sebab kena buat International Baccaulerate (IB) memang tough dari A Level katanya ?

antara impian dan kehidupan lebih terjamin in future ? sapa taknak fly oihh dan sapa taknak digelar doktor kan ?

aku ni cakap macam dah sure dapat mara tu . tak apa, blog aku suka hatilah . ohh kalau yang maktab tu dapat Alhamdulillah . tapi maybe tak pergi , bukan sebab  lekeh okayy tapi sebab semua ada cita-cita dan pilihan masing masing .

jalan yang terbaik , teruskan berdoa semoga diberikan jalan yang terbaik . kepada yang nak menolong , baguss sangat . thanks okay .

masa HK PMR . I got 8A's . 


ponteng prep

hi . masa dok asrama dulu aku selalu gila ponteng prep malam . btw aku ex syed putra , kira ASPUTRA lah. pahtu bila ada waden mula lah cari port . kadang kadang kesian gila kat bff aku , jiha ngan najla . sebab dua2 prefects . alaa tapi dorang pun join kami gak . nama pun kawan kan ?

selalunya masa kritikal nak ponteng prep ni masa malam ahad , sebab masing2 akan buat penat sebab outing ke kangar bandar metropolitan atau balik dari pulang bermalam. prep 8.30 , so bila pukul 8 tu suma pakat buat muka letih and malas . yelah. makanan tak abeh lagi , cadar tak pasang lagi, baju tak buh dalam locker gi . kitorang ni tak adalah nak ragging junior buat semua tu . setakat turun tingkat bawah suruh pi amek air adalah.

tapi time bulan ramadhan lagi lah giat kitorang jalankan aktiviti memonteng ni . yelah , bayangkan prep akan be less in hour kot . dahla aku ni g prep kena pakai baju putih kain itam tudung itam, jenuh nak iron. mau tak , abeh terawih dah pukul 10 lebih . pahtu prep akan abeh kul 11 . aku nak bersiap lagi, terkedek kedek gi kelas lagi, sambil nak masuk kelas tu sempat nak bersembang, tengok tengok baru nak duduk dah boleh balik . so baiklah aku duduk kat dorm buat keja .


ni lah kitorang tu . malam dinner ZH . 


ada 1 malam tu kitorang hampir kantoi . time masing masing seronok melahap makanan bekal sambil bertukar tukar cerita , tiba tiba syipa datang gitau jamy , waden kitorang tengah halau sapa yang ada kat dorm. haa lepas tu dengan makanan tak tutup terus tutup lampu tapi kipas tak tutup. ye semua, jangan lah tutup kipas sebab nanti tak sempat kipas tu behenti pahtu waden datang kira kantoi jelah . si biarkan terbuka, buat macam lupa tutup kipas. masa tu kitorang 6 orang terus pergi sembunyi bawah katil. okay ada pesanan buat sesiapa yang nak jadi waden, jangan la pakai high heels kalau nak tangkap budak sebab kami ni konfem boleh tau cik puan nak datang . iyelah , mana ada student cmtu . cikgu tu ada gak behenti depan dorm, siap gertak suruh keluar, kitorang wat senyap ja. jangan kantoi oihh . pahtu jamy blah . masa dok sembunyi kawan aku nurin ni dok bising la ada bau busuk . haa bila buka lampu baru tau hidung kawan tu betul2 depan stoking busuk. mau tak bising kawan tu .


gambar ready nak lompat . gamba lompat tak senonoh takleh letak .