Friday, 31 May 2013

# sytra : sports day

hi . sukan sekolah aku meriah gilaaaaa dan paling di tunggu tunggu untuk tahun tu, selain soru . memang happening, tochering, gathering bagai . waktu tulah semangat rumah sukan betul2 wujud and semua orang rasa. tapi aku se ZH ni memang dari dulu semangat rumah.



seniors . 


 tambah tambah bila aku dah f5 , senior kan mestla best gilaa . tahun ni la kitorang handle everything pasal sukan, gabung dengan f4. f4 selalunya mengikut adat dan tradisi memang akan handle untuk khemah dan banner bendera semua tu. so f5 akan handle benda yang paling susah dan excaiting, which was baju untuk perarakan hari pembukaan nanti. kitorang akan design mana baju paling best untuk team kawad pakai nanti. memang dok lawan antara rumah la yang mana paling style. kostum sekali. as for 2013, maskot kitorang adalah the smurfs, yg dipilh oleh f4.

steady ja anak buah tengah panas


there were millions of memorable moments sepanjang 5 tahun aku involve dengan hari sukan. masa f1 f2 and f3 : juniors kan . memang terok lah . senior design baju style gilaa dan yang perit kitorang la yang kena jahit . handmade okay ! baju kawad syed putra memang dijahit pakai tangan sendiri ! dok ingat lagi pukul 3 4 pagi still dok mengayam menjahit baju kakak kakak senior kat koridor, dah lampu dorm takleh buka. berbekalkan lilin tu kitorang pun jahit la yang mana tau. dahla kalau salah kena buka balik. aku baru f1 kot, kelas ert pun x belajar gi chapter jahit2. dahla memang failed !





kalau minggu sukan memang paling busy, kepenatan yang teramat. mau tak, kelas habeh 4.15 ptg, dan dulu2 ni senior jenis giat gila nak taget menang, so kna turun awal la untuk training. juniors pulak kena turun dulu sebelum senior, mau tak . haahaa memang masyuk la itu malam. bertambah keja menjahitnya. tak tidolah jawabnya. masa aku f1 pulak kena prepare air sendiri. so yang juniors ni akan gilir2 angkut tong tu ikot form eveyday. gi lah menapak kat dining minta abang tu buat air sirap. jatuh saham aku dok angkut tong tu. berat oih ! aku pun still ingat waktu kena berbaris kat padang pahtu buat kelopak jantung. budak asrama mesti tau benda apa tu. tonggek sana tonggek sini, memang syok lah boys dok tengok. haa jatuh lagi saham .


the smurfs . naseb yang laki tak pakai skirt =='

tapi kalau training tu takleh lawan waktu training merentas desa lah . juniors memang wajeb habehkan 10 round padang . dan untuk pengetahuan semua padang sytra adalah padang yang kedua terbaik kat perlis selepas stadium. so boleh tau lah kot memang saiz tak kecik . mula2 dulu memang buat 10 round la, dah takot kat senior, lama2 pandai lah nak membohong. lari 7x tapi ngaku 10x. tu bohong sunat tu.

sebab tulah dok tunggu sangat jadi f4 and f5 . we are seniors weyyy . latihan tu ikot suka, takyah nak ikut sesapa dah. heaven tau ? siapa yang penah rasa ja yang tahu ..



cara ambil gambar pun tau kata jr . 

tapi bila senior ni tanggungjawab makin besar, so akan paham la kenapa seniors dulu memperlakukan kitorang camtu .

aku join 4x4 100m , merejam lembing dan lontar peluru . memang semua student akan wajib join, tak penah ada yng terlepas. berani lari ? *evil* and untuk tahun 2012 lah yang aku menang gold medal merejam lembing tu . fewwit . first time join teros menang, kalau aku tau aku join dari awal.

sepanjang 3 hari sukan, semangat rumah sukan tu memang nampk gila lah. semua akan pertahankan rumah masing2, works together, dari tak kenal jadi kenal. dan aku bangga jadi ahli zuh zuh zuhrah ! preparation untuk hari kawad lah yang paling banyak , sebab kena buat kawad formasi sekali yang semestinya menarik gilaa untuk menang. siang malam kawad oih. tu suma sebab nak bagi perfect. pahtu setiap rumah sukan mesti ada booster baru. kecuali zh . memang booster tak penah bertukar dari zaman tok nenek zh dulu rasanya. well, biar legend .



sunburn oh laaalaa





bila semua preparation dah siap, baru lah lega . time to enjoy je dengan dok mengusha abang2 hensem time junior dulu sambil dok jaga khemah. kalau time senior keja dok berjalan sapot menempik zh pahtu buat konvoi melawat khemah orang lain sambil mengutuk. saja nak sakitkan hati . bergmbar pose sana sini tu mesti punya.


musytari


utarid


zuhal



zuh zuh zuhrah !









Thursday, 30 May 2013

sesalan

hi . tadi pegi beli laptop . pahtu dia bg pilih free gift. ada 3 beg yang berbeza so kena pilih 1 ja. aku pun kalut kalut so juz pilih yang mana nak . pahtu aku tak amek pun yg set 22 in 1 tu . aku amek beg kaler purple sebab ada skrin protecter dengan speaker . pahtu ada la card reader, liquid lap skrin tu sekali. kalau set 22 in 1 tu kn takda sangat. tapi tadi bila balik aku pun test suma tu .

HAMPEH !





speaker dia bila pasang lagi slow dari speaker laptop nih . abeh tu pe function oihhh ??
keyboard skin dia tak fit langsung ! tak full tutup pun. kecik sana sini.
screen protector lagi lah. dia bagi size notebook punya. hampeh tahap !

aku tension gilaa . nak meniaga pun bagi terang lah. toksah sampai gitu sekali. but then ada juga salah aku sebab tak tengok. tapi still aku ni pelanggan so diorang lah yang kena jujur. esok aku nak pegi tukar ambil set yang lain. aku ingat nak ambil set yang ada usb banyak2 tu, sebab laptop ni hanya ada SATU lubang untuk cucuk usb ! habeh tu camna aku nak pasang cooler fan tu ? cucuk pendrive lagi . huwaaaaaaa !
doakan aku berjaya esok .

* nanti kalau aku dah ada full experience sal spec laptop ni aku update okay .

decision

hi . sekarang ni aku dah tak bising2 dan tak ada dilemma lagi dah . aku dah pilih INTEC untuk futher study, means aku jadi pegi under mara tu and will fight to be the best pendidik . selepas dah go through crtitical thinking, conversations, meetings and istikharah , and i do think yang ini terbaik untuk aku . pleaseeeee everyone tolong support my decision and be happy with it . ingat senang nak buat keptusan ? ni pasal masa depan tau . so pleasee consider this is the best for me .

for those yang dah banyak sangat bagi nasihat, panduan, petunjuk tuu , only Allah knows how much i thanked all of you . jasamu akan ku kenang . to my along and angah, thanks sebab susah payah cari maklumat situ sini just to makesure this is the best . untuk mak dan abah , i wont let you down . promise .

bagi sesiapa yang dalam dilemma macam aku dulu , try this :

first : istikharah , again and again . kalau tak dapat mimpi jugak, ikut kata hati tu . hati lebih ke arah mana . itu          pun petunjuk tau.

second : cari the pros and cons for both pilihan yang ada . cam aku kena cari la untuk intec dengan palam . cari peluang pekerjaan, jangan pikir seronok ja .

third : minta pendapat dari semua pihak. kawan2 , familiy, siblings, teachers, kaunselor, seniors, dan dengan orang yg lebih tahu dan arif . dan bersedialah terima pendapat yang berbeza beza . try to figure out semua reasons yang diorang bagi bila memilih .

forth : jangan percaya bulat bulat . cari facts . try to keep in touch dengan sesiapa yang dapat kos sama dengan kita. mungkin research dia better .

fifth : tetapkan hati . betul betul tau . jangan menyesal dengan apa yang kita pliih . sedialah untuk terima sebarang kemungkinan . kita yang pilih, kita lah yang tanggung .

selamat memilih !


tunggu okay ?


Monday, 27 May 2013

blur dan blur lagi

hi . hari ni hari geram sedunia . aku geram bila aku dah decide nak gi palam , orang suruh pikir pasal intec . abeh tu bila aku dah tetap nak gi intec, orang suruh pikir sal palam pulak ? aiyoyoyoo ammaaa apppaaaa , gena ni oih ? aku pening dah. tanya diri sendiri ? tak tertanya dah . bush bush bushhhhhhh geram !




dilemma

hi . aku buntu .





cinta jangan pergi

hi . cinta jangan pergi yang tengah hot kat tb9 ni favret drama aku sekarang , selain daripada sebenarnya saya isteri dia kat tb3 . siyes bes drama nih . cerita pasal cinta sejati dengan peluang kedua . tragis gitu .



teraju utama 


lea soraya ni bercinta dengan kalil masa study kat oversea dulu . then lea balik dulu sebab dah habes study, so dorang pun cam plan la in one year kalil will back to malaysia and they will be married . lea cakap la dia sanggup tunggu sampai bila bila pun. tapi bila sepatotnya kalil balik, lea dapat news yang kalil accident dan meninggal dunia, tapi mayat still tak jumpa. lea ni tak caya lah sebab dia tau kalil ni hidup lagi. biasalah , cinta kan. then dia meratap bagai nak rak dekat setahun lebih sebab kalil. sampai la satu masa, Hud si doktor datang. lea buat tak layan ja , tapi at the end bila some words came out from hud tu macam apa yg kalil penah cakap kat lea, dia jadi pelik. lama lama dia terima hud , atas desakan mama and her bff . she's trying to accept yg kalil is gone.


time kalil suruh lea tunggu . 

ohh then cerita melayu kan ? kalil is back everybody ! yeahhhh ! kalil sebenarnya tak mati, entah macam mana masa eksiden tu dia diselamatkan oleh orang kampung , then ada sowang pakcik ni ubatkan dia sampai sembuh. setauhn juga laa . lama kan. dia try cari lea, tp setiap kali dia pergi mesti lea tengah dengan hud . so dia frust . tau tau ja lea dan hud is engaged.

so dia rasa geram . dia nak sakitkan lea. dia rasa lea tipu dia. so dia seksa lea . dia offer lea keja kat tempat dia and acting like he's remembering nothing about them. lea patah hati , ohh so dia try to terimq hud dalam hidup dia.


the actor and actress 


bila el si bff lea serang kalil and told him the truth about lea's pain, kalil baru sedar yang dia buat salah . so kalil nak baik balik, dia bagitau lea yang selama ni dia tipu. actually dia ingat semuanya. lea takleh terima so dia blah .

and , setakat itu sahaja episod 15 . kalau berminat, pegi lah tengok kat tonton.com. lepas tu sambung cerita sendiri okay .


kalau sapa rajin baca paper mesti penah tengok kan ?


Saturday, 25 May 2013

last hangout

hi . minggu ni kira minggu last untuk student matrik dan students asasi bersenang lenang kat rumah dan berfoya foya dengan kawan2 . matrik daftar 27 mei , asasi dgn diploma dftar 2 jun nih . x lama dah pun . so aku dengan kawan2 pun kira keluar for the last time together lah . nanti suma nak pergi jauh2 dah . kitorang keluar pegi jitraq mall tengok Fast and Furious 6 ! perghh terbaik laa abg Dom tu stunt driving skills dia , pahtu Mia dah dapat baby baru . tak sia sia 13 hinggit aku . sesape yang tak tengok lagi , aku syorkan tengok . x menyesal punya . kalau ikot nak tengok movie pukul 10.25 pagi , pahtu dengan aku bangun lambat , pergi ambil orang lagi, si terlambat sampai dekat kul 11 cmtu . so kitorang ambil tiket pukul 12.50 . cerita tu 2 jam 10 minit . so kitorang buang masa dengan pergi makan dan melilau .

habes ja movie , lepas solat zohor dah . kitorang pergi makan kat tasik melati pulak. aku yang dekat 7 tahun duduk perlis pun tak pergi lagi tau. cantik menarik ja tempat tu. cuma kena upgrade sikit, tambah facilities macam kayak ke, angsa yang leh duduk tu ke, campfire ke mesti lagi berguna . daripada dok biar camtu .

rugi jaa . huh .



jelitawan sengkek .


sedih wuwu



teman hidup .


best sangat keluar . sebab nanti susah dah nak hangout ramai ramai . diorang lah tempat aku nak berhapy hapy-ian . ingat senang nak cari kawan yang betul2 kawan ?

btw gambar ni suma atas ihsan ain dengan nani .


moments

Hi . Bff aku si gendut ni nak daftar pasum 26 mei ni . So kitorang pun keluar lah sebab nanti payah pulak nak jumpa . Biasalah , masing² nti nak struggle taknak kuar bilik skor 4 flat . Amin . Kawan kami lagi sorang , si alip pun nak daftar upnm dah , so join sekali laa . Dia memang kena ikut sebab dia belanja . Aku sukaa .

Mula² gedik nak perabeh duit alip g secret recipe , lepastu kensel sebab aku dengan alip lapar gila nak makan so pergi KFC jaa , ahhh x kira janji dekat . Gendut tak puas hati , so lepas makan kami pergi tutti frutti nak puaskan hati budak tu . Jenuh ==" .

Apa lagi kalau dah pegi tempat wifi , bergambar posing bajet laah . Seronok kot . Lagi seronok kalau si bff perempuan tu ada . We miss you . Oh perempuan tu ada kat plkn .jadi tuan puan , inilah hasilnyaaaa .







ni part nak gelak








end of post dengan gaya gedik . 





Tuesday, 21 May 2013

france

hi . remember my post about the mara's iv ? then Alhamdulillah i got it , but not in maths . but ...

TINDIKAN BAHASA PERANCIS
INTEC SHAH ALAM

well , kalau ikot masa apply tu takda apply pun untuk france , just math dengan jerman . tapi dah rezeki dapat yang ni kot . ye , ni untuk fly . kalau tak silap 4-6 bulan persediaan , then around 4-5 years in france . aku ni masa tengah tuleh post ni pun tak percaya jugak . peghancihh kot . kira boleh ngadap Eiffel laa nih .
nak pegi ? eh mestilah . siapa nak tolak ? bila lagi nak tengok dunia luar ? belajar kat negara asing , tambah2 kota cinta tu . korang nak tolak ?

aku ni dah feeling ala ala Dalam Hati Ada Taman dah pun . ihhh . memang dok bayang dah pun .

tapi bila dah bincang dengan orang yg lebih tahu , then i reject it . yes i am . sebab kena tengok peluang kerja sama . tindikan tu means balik kena jadi cikgu mrsm . dan setahu aku mrsm tak guna bhsa perancis , dorang guna arab . so peluang kerja hanya di SBP dan sekolah antarabangsa sahaja . so kerja memang terhad . kat sekolah aku pun takda bhsa perancis . kawan mak aku , anak jiran dia pun fly france juga , under kos sama cam aku . tapi dah 2 tahun balik , tapi still takda keja . aku taknak end up camtu . memang lah seronok , tapi berbaloi ke ? okay memang rezeki lain lain , tapi tak salah bersedia kan ?

sekarang target aku nak skor kat PALAM tu , then further dentist . tapi jangan percaya sangat , aku ni banyak cita cita . jangan tekejot kalau esok aku kata nak jadi accountant pulak .

so sekarang ni  redha dan terima jalah . aku pilih dengan hati terbuka untuk ke uitm . insya Allah . aku tahu Dia tengah plan something yang lebih baik untuk aku . just works , pray and tawakkal ! kun faya kun !

* i knew someone must be smiling reading this .


tengok , boleh ja senyum babai kat eiffel tower ?

asputra 40 years

hi. tahun ni syed putra ada sambutan 40 tahun , so aku pun join lah dengan kawan2 aku . walaupun baru kuar setahun, kitorang tetap alumni . oh bes sangat sebab jumpa balik kawan2 dan adik2 dormates . weh aku sayang kot dormates aku ! kebetulan buat sekali dengan SORU ( school open recreational union ) ala ala hari kantin lah cam suma meniaga .


atin . ika . sya . jaa . swan . ma


hari tu kira hari untuk alumni lah sebab sports yang buat lebih untuk geng alumni join macam basketball , kriket , futsal . kitorang memang tak join lah sebab pergi tu nak jumpa kawan2 pahtu dok bergambar . memang itu ja motif.


pemain kriket . * krik krik



petang tu kitorang lari kejap pergi karok kat INGAME arau . aku nyanyi dua lagu jah , yang len dengan hanani dangdut ja . 


we are young 



then malam tu ada DINNER ASPUTRA , sepatotnya kena bayar rm50 , tapi atas ehsan sebab kitorang ni penganggur ja so bayar rm20 . aku pun join lah. dinner tu akan jadi best sangat untuk alumni yang dah berpuluh taun tak jumpa, kebanyakan yang datang suma dah baya abah aku. kami ni penyeri jelah kat sana .

feeeeewwwwwwiit 


tapi part paling best lepas party tu. kitorang pergi Kuala Perlis . memang bestlah pergi dengan dress pahtu kena langkah tembok. abang2 yang dok melepak tu punya lah terpikat kat kitorang tapi biasalah kena la jual mahal, nanti orang ingat murah pulak. memang style lah sebab dah over midnight pun. social kan ? shhh dont tell anybody okey . 

belengah gilo aku . haha









Saturday, 18 May 2013

pilihan

hi . aku dah dapat 3 offer setakat ni untuk further study .

MATRIK KELANTAN
ASASI UITM
ASASI ENGINEERING UNIKL

pahtu dah pergi dua inteviu .

PROGRAM KHAS LEPASAN SPM 2013 , IB IN MATHS
TESL IPG

yang inteviu punya tu dua2 tak dapat result lagi. sesungguhnya memang tak tahu nak pilih yang mana. matrik tu sebenarnya pilihan aku juga sebab aku ni susah sikit bab bio, so bila pikir kat matrik ada guide kan. tapi lepas tu dapat asasi tu , so mungkin aku akan pergi asasi tu sebab bukan senang nak dapat, ada kemudahan dan ramai lah kawan kawan yang dapat. taklah terkontang kanting kat situ . unikl tu pulak dah tak boleh dah sebab tak bayar duit deposit tu. aku memang nak g kalau boleh,sebab benda tu bawah loan mara. kalau skor 3.0 pun at least dapat potongan. kurang lah beban dari ptptn tu. then family aku macam tak bagi sangat.aku pun decide xpalaa, tak payah pergi. elok ja tarikh bayar deposit tutup, mak aku kata rugi pulak tak terima unikl tu ? err ? seriously mak ?

tak apalah . tak leh undur pun. lagipun aku rasa tak ready pergi awal,sebab unikl daftar 19 MEI 2013. then memang dok terfikir lah untuk mara tu. its a big step KALAU lah aku dapat mara tu . tu untuk program fly ke aussie or new zea. aku ni jenis budak cita cita tak tetap, tapi aku hanya tau nak study oversea. tak kisah dalam kos apa pun. so bila aku dapat pergi inteviu tu pun dah rasa bersykur dan bertuah sebab aku bukan dapat stret pungg . yang aku g iv tu untuk applied maths , so nanti boleh la kerja lecturer, pakar kaji cuaca, in finance,banker,accountant dan semua dalam bidang calculus ni. menarik kan ? honestly, 1 benda yang aku yakin boleh buat hanya;ah mengira, sebab dulu waktu sekolah aku boleh go on dalam maths, kalau kat bio tu memg lingkup. bio aku spm B+ okay tak A. tapi aku ok ja sebab memang waktu exam tak buleh buat. physics pulak yang A , heran aku ? 

ketakutan kepada bio tu memang tak abeh lagi , menyebabkan aku ragu ragu nak amek asasi sains kat palam tu. tapi orang cakap nanti pulun lah balik . tempat baru, semangat pun baru. aku dah terima offer palam tu, daftar 2 JUN 2013 nih , tapi esok result mara tau . kalau tak dapat memudahkan kerja lah , kalau dapat ?

sekarang ni betul betul blank nak decide. aku tak tahu jalan nak fly kalau lepas asasi , and KALAU dapat mara tu memang best sangat sebab itu dah jadi jalan terbaik untuk fly, usaha lebih sikit sebab kena buat International Baccaulerate (IB) memang tough dari A Level katanya ?

antara impian dan kehidupan lebih terjamin in future ? sapa taknak fly oihh dan sapa taknak digelar doktor kan ?

aku ni cakap macam dah sure dapat mara tu . tak apa, blog aku suka hatilah . ohh kalau yang maktab tu dapat Alhamdulillah . tapi maybe tak pergi , bukan sebab  lekeh okayy tapi sebab semua ada cita-cita dan pilihan masing masing .

jalan yang terbaik , teruskan berdoa semoga diberikan jalan yang terbaik . kepada yang nak menolong , baguss sangat . thanks okay .

masa HK PMR . I got 8A's . 


ponteng prep

hi . masa dok asrama dulu aku selalu gila ponteng prep malam . btw aku ex syed putra , kira ASPUTRA lah. pahtu bila ada waden mula lah cari port . kadang kadang kesian gila kat bff aku , jiha ngan najla . sebab dua2 prefects . alaa tapi dorang pun join kami gak . nama pun kawan kan ?

selalunya masa kritikal nak ponteng prep ni masa malam ahad , sebab masing2 akan buat penat sebab outing ke kangar bandar metropolitan atau balik dari pulang bermalam. prep 8.30 , so bila pukul 8 tu suma pakat buat muka letih and malas . yelah. makanan tak abeh lagi , cadar tak pasang lagi, baju tak buh dalam locker gi . kitorang ni tak adalah nak ragging junior buat semua tu . setakat turun tingkat bawah suruh pi amek air adalah.

tapi time bulan ramadhan lagi lah giat kitorang jalankan aktiviti memonteng ni . yelah , bayangkan prep akan be less in hour kot . dahla aku ni g prep kena pakai baju putih kain itam tudung itam, jenuh nak iron. mau tak , abeh terawih dah pukul 10 lebih . pahtu prep akan abeh kul 11 . aku nak bersiap lagi, terkedek kedek gi kelas lagi, sambil nak masuk kelas tu sempat nak bersembang, tengok tengok baru nak duduk dah boleh balik . so baiklah aku duduk kat dorm buat keja .


ni lah kitorang tu . malam dinner ZH . 


ada 1 malam tu kitorang hampir kantoi . time masing masing seronok melahap makanan bekal sambil bertukar tukar cerita , tiba tiba syipa datang gitau jamy , waden kitorang tengah halau sapa yang ada kat dorm. haa lepas tu dengan makanan tak tutup terus tutup lampu tapi kipas tak tutup. ye semua, jangan lah tutup kipas sebab nanti tak sempat kipas tu behenti pahtu waden datang kira kantoi jelah . si biarkan terbuka, buat macam lupa tutup kipas. masa tu kitorang 6 orang terus pergi sembunyi bawah katil. okay ada pesanan buat sesiapa yang nak jadi waden, jangan la pakai high heels kalau nak tangkap budak sebab kami ni konfem boleh tau cik puan nak datang . iyelah , mana ada student cmtu . cikgu tu ada gak behenti depan dorm, siap gertak suruh keluar, kitorang wat senyap ja. jangan kantoi oihh . pahtu jamy blah . masa dok sembunyi kawan aku nurin ni dok bising la ada bau busuk . haa bila buka lampu baru tau hidung kawan tu betul2 depan stoking busuk. mau tak bising kawan tu .


gambar ready nak lompat . gamba lompat tak senonoh takleh letak .



 

alasan

hi. tadi mak ada cita sal kawan adik ni . budak darjah 5. ayah budak tu ada janji kalau dia mau sunat, ayah dia nak beli ipad. pahtu dengan segeranya dia setuju . huh , dasar ! lepas tu bila dah dapat ipad terus result exam jatuh tak naik dah.bila si ayah bising sebab banyak main ipad yang anak dia pun jawab dah tak semangat nak belajar sebab abeh suma kawan kawan pakat pindah ( termasuk adik aku) . pandai sungguh


ni adik aku tulah . 

Friday, 17 May 2013

sijil pelajaran malaysia

hi. teringat masa minggu spm. dengan kelas banyak gila, pagi petang  siang malam . thanks kat cikgu cikgu yang memang all out kalah student macam cikgu yang nak amek periksa. cikgu syed putra memang terbaik. aku masa minggu spm, tak serius sangat compared to my preparation two months before. yang two months tu pun taklah teruk sangat macam orang lain tapi bagi aku cukup menyengat la. tiap tiap malam aku stay buat latihan, paling kurang aku spend utk buat 30 soalan . waktu 2 bulan tulah baru kalut nak carik orang bijak pandai and suruh dorang explain apa yang patot . thanks friends . tapi bila sampai munggu spm, aku tak stay pun. bukan yakin tapi dok seronok sangat waktu tu. main banyak. bagi sesiapa yang nak amek spm , study last minute tu berguna. bagi aku lah. berguna ja. daripada zero blh la upgrade jadi 40 percent ke. at least ada. jangan sombong dengan apa yang ada,teruskan selak buku. selalu je selak page tu 2 saat sebelum exam tengok2 masuk exam . haaa . untung kan ?





aku waktu spm amek dalam dewan dok tengah2 . panas juga sebab tak kena kipas. ye dewan aku takda aircond . bersyukur je apa ada. nak jenguk kiri kanan memang taklah sebab pengawas strict tahap apa. oh one tips from me , kalau boleh jangan meniru. seteruk mana pun tak tau terima lah sebab itu salah kita . sebab kalau kita tiru, then dapat result elok kita akan terus lupa apa yang kita taktau dalam exam . so bila in the next exam benda sama akan berulang tau . satu lagi buat homework sendiri. kalau nak ponteng kelas tak apa, jangan ponteng homework . percyaalah. membantu sangat. aku dulu pun bukan full kedatangan, tambah2 kelas petang memang seronok la dok jadi sleeping beauty kat dorm . tapi homework mau jalan la. DIY gitu .

good luck !

waktu prep kat dining .


give up ?

hi . say no to give up okay . especially untuk mana mana student seangkatan aku yang tak dapat any offer wether matriks or upu or both walaupun result gempak . bagi yang dapat, jangan merungut kerana sesungguhnya ada orang yang lagi tak bernasib baik dari korang . bersyukur okay . aku Alhamdulillah dapat dua dua . bagi yang tak dapat , percayalah ada hikmah. jangan give up ! rezeki Allah kat mana2 . cuma sampai masanya kita akan dapat, dengan izin-Nya .

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

see ? dari arah yang tak disangka sangka . manalah tau , itu tak dapat ini tak dapat tiba tiba 2 taun lepas tu korang dapat further study kt oversea . perancangan Allah kan ? macam kawan along aku , abg fazri .dia masuk f6  , lepas tu dia usaha dan dapat fly under gmi pergi german . sapa sangka ? haa . sekarang kurangkan bersedih dan percaya dengan takdir Allah . lagi pun ntak semestinya orang yang dapat offer macam2 tu akan berjaya . tak . ada ja yang ke laut . 

untuk kawan yang aku sayang sangat , this one for you . tapi yang bestnya sebab dia kuat sangat, dia percaya dengan apa yang Allah dah plan untuk dia. aku pun harap one time aku akan kuat macam dia . 



jiha. ika. fayad. syam. hawa beakang syam .


challenges

hi. tak semua orang suka kat cabaran. bagi sesetengah pihak, renyuh la nak bercabar bagai ni. baik buat bodoh ja. cool. tak payah susah. tapi, this kind of people selaunya lack of confidence level, kira just carik alasan ja nak lari dari suma tu. alaa try je. seriously best and exciting. lama lama mesti addicted. macam aku buat paeasailing ritu. its cool and fun . mula2 cuak gila sebab sebab tak penaj buat. and disebabkan kuasa wanita, kami boleh buat parasailing tu rm40 sorang, kalau kt langkawi dah kira murah sebab selalunya paling murah pun rm 50-60 gitulah . see ? KUASA WANITA . 



seluar rainbow brader tu kalau ada long punya konfem aku beli


bila kat atas tu rasa takot, tapi bila dah tengok view cantik gila, memang puas hati. menempik bagai kat atas tu sebab of course tengah tengah laut dok terbang mana ada sapa nak dengar kan. abang tu pulak siap boleh pekena lagi . bila sampai kat tengah2 laut tu,dia matikan enjin bot ( well dia tarik kitorang pakai boat la,kami bukan superman terbang sendiri )  so masing masing dah start panik pahtu menjerit minta tolong. bila enjin dah mati, payung pun akan jatuh bawah slowly siap gracefully lagi. bila air buku lali aku dah masuk dlaam air laut and waktu tu rasa macam nak minta ampun kat mak abah then sedap2 je laki tu gelakkan kitorang dan start enjin. ciss kau !


siap buat kaki ninja lagi . wachaaa

cubalah buat ni kalau pergi langkawi or mana2 tempat yang offer this. dengar cerita kat teluk batik murah lagi ?

bangun

hi . kadang kadang kita sendiri tak mampu nak selesaikan masalah sendiri . and ada jugak yang tak boleh handle. tapi walau macam mana pun susah keadaan kita, jangan pernah berputus asa . kalau jatuh,bangun. kalau ada orang nak tolong,terima. cuba selesaikan . tapi kalau tak boleh juga? oh senang , untuk sehari fikir sahaja masalah tu mengarut dan buang jauh2 . enjoy dengan apa yang ada. bukan selalu lari dari masalah kan ? nak lagi best , try this parasailing . its great to see His undefined creatures. thanks Allah for giving me this moment to realize how small i am in your duniyaa .


seronok menjerit kat atas dengan swan

mencuba

hi . dalam hidup ni jangan pernah berhenti mencuba. kalau kita tak tahu macam mana nak buat atau setelkan sesuatu , hanya teruskan mencuba. kalau berjaya, say Alhamdulillah . kalau tak , tak apa. at least kita tau dah apa yang salah . manusia kan belajar dari kesilapan. macam aku , tak takot mencuba sampai dapat GOLD MEDAL untuk merejam lembing setelah menewaskan peserta tingkatan 4 dan 5 yang semestinya berbadan comel dari aku. siapa sangka ?


wajah tercantik . 

she's married

hi . hari tu ada balik pasir puteh kelantan , for my childhood friend wedding. oh yeah she's 18 . and she got engaged when she was 17. waaa , senang kan hidup ? husband dia kaya, ada bisnes kambing bagai so tak kesah la kan . since she's happy,so am i . buat apa nak sedih2 . dah jodoh , tak ada maksiat dah . suma halal . SUMA OKAY . kalau sesiapa nak kahwin awal , silakan . jangan segan segan. selagi cukup syarat and everything will gonna be fine, insya Allah dengan izin-Nya .

Rasulullah bersabda : Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. (HR Ibnu 'Addi) .

see ? so . kahwin laa :)




malu malu ku tak tahu , senyuman mu menggoda .


rhino walk

hi . hari tu ada join charity walk . actually dah lama nak join, tapi tak pernah jumpa. kalau ada pun mesti tak in dengan masa. kali ni boleh . pergi dengan mak,adik,dua budak perempuan anak jiran2 , dan kawan baik saya nurin . best sangat sebab first time join. pagi lepas subuh terus pegi kat mini putrajaya tu by walking as dekat ja dengan rumah. mak kata kena pergi awal sebab nak dapatkan baju free rhino walk tu. malas sangat tapi follow saja. banyak info yang dapat tau pasal rhino ni, macam

* rhino ni tinggal kurang dari seratus dekat borneo okay .
* makan berapa tan entah tak ingat and including buah,ranting,daun.
* okay yang tu ja mampu ingat instead of 10. sorry .

benda tak payah just keep walking untuk tunjuk support. tapi dah nama pun bukan atlet dan pemalas nak tutt untuk bersenam jadi tahap kesakitan kaki di paha dan betis itu terserlah .




cari aku dengan nurin . ohh dengan mak sekali .

start

hi . selalu je cakap nak start new chapter , tapi tak menjadi juga. tak apa. biar diri tu ready dulu baru lah start okay .